feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ikhlas Education Takaful

Labels: , ,


Pengenalan

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?

IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.

IKHLAS EDUCATION menyediakan faedah-faedah berikut:

TEMPOH MATANG FLEKSIBEL
Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.

MANFAAT BAGI TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

KEMATIAN
Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

PENGECUALIAN SUMBANGAN
Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan fleksibel.

Mengapa IKHLAS Education?

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).





0 comments:

Post a Comment