feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ikhlas Education Takaful

Labels: , ,


Pengenalan

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?

IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.

IKHLAS EDUCATION menyediakan faedah-faedah berikut:

TEMPOH MATANG FLEKSIBEL
Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.

MANFAAT BAGI TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

KEMATIAN
Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

PENGECUALIAN SUMBANGAN
Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan fleksibel.

Mengapa IKHLAS Education?

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).





IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

Labels: ,

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.


Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :

MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

Mengapa IKHLAS Saving Takaful?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).






Ambillah Insurans Perlindungan....

Labels: ,

Kepada semua masyarakat, terutamanya yang sudah pun mempunyai pekerjaan yang tetap, saya menasihatkan kepada anda semua agar mengambil perlindungan insurans sambil menyimpan seperti Etiqa dan Takaful.Ini sangat penting untuk jangka masa yang panjang.Berikut saya senaraikan kebaikan dan kelebihan mengambil insurans nyawa yang berasaskan Islamic seperti Etiqa dan Takaful:

  • Anda dilindungi apabila berlaku sebarang musibah atau kemalangan yang menimpa diri anda.Anda tidak perlu risau hendak masuk ke hospital swasta yang agak tinggi kosnya kerana semua perbelanjaan rawatan akan ditanggung oleh pihak insurans.
  • Pewaris anda sperti ibu bapa, isteri atau sesiapa sahaja yang anda namakan, akan mendapat pampasan sekiranya anda meninggal dunia.
  • Selain anda dilindungi, sebenarnya duit yang anda bayar untuk insurans juga akan dilaburkan sebahagiannya untuk simpanan anda dan anda akan men dapatkan pulangannya setelah tamat tempoh matang selama 30 tahun.Duit tersebut anda boleh gunakan untuk hari tua anda.Contohnya RM 100 sebulan untuk nilai minimum insurans, anda akan menerima lebih kurang RM 50 ribu lebih setelah 30 tahun.
  • Insurans ini adalah berasaskan Islam dan anda tidak perlu risau kerana ianya adalah mengikuti hukum syarak.
Oleh itu marilah kita semua mula sedar dan mengambil inisiatif untuk mengambil skim perlindungan insurans dengan syarikat-syarikat yang bertauliah dan dipercayai.Marilah kita dilindungi sambil menyimpan.... \(^-^)/